Tuesday, July 22, 2014

MENELADANI PERJUANGAN HAMAS

Assalamualaikum...

ape kabar??terlebih dahulu aku nak mohon maaf sebab blog aku dah lama tak berusik. sangat busy job hunt. Maklumlah baru habis praktikal so nak carik keje la untuk duit simpanan and duit belanja. Jadi, di waktu yg lapang ni alhamdulillah aku ade masa untuk menulis apa buah fikiran aku terhadap isu2 semasa

Selain nahas MH 17, isu yg paling hangat sekarang adalah keganasan israel terhadap penduduk gaza. Sepertimana yang kita tahu, kali terakhir tentera zionis melakukan kekejaman tersebut pada tahun 2012 (kalau aku salah mohon diperbetulkan fakta ni). Dan sekarang mereka melakukan kembali keganasan tersebut pada tahun ini dan paling tragis, mereka melakukannya pada bulan Ramadhan iaitu bulan yg mulia di sisi umat islam. Selain bersedih dengan kekejaman yang dilakukan oleh zionis laknatullah ini, ada satu perkara yang menarik perhatian aku iaitu keberanian Briged Al Qassam yg ditubuhkan di bawah HAMAS. Aku tertarik dengan disiplin dan amalan yang dilakukan oleh ahli2 Briged Al Qassam ini. Sebelum tu, aku akan terangkan kepada korg ape itu HAMAS dan ape itu Briged Al Qassam.

HAMAS telah ditubuhkan oleh seorang ulama yang bernama Almarhum Syeikh Ahmad Yassin. Pernah dengar kan nama ni. Namanya amat popular dalam kalangan umat islam kerana dia mampu menggerakkan perjuangan yang agresif dalam menentang zionis hanya di kerusi roda sahaja. Hebat kan. Briged Al Qassam atau nama penuhnya Briged Izzudin Al Qassam pula adalah sayap ketenteraan daripada Hamas untuk menentang tentera penjajah Zionis. Ia diberi nama sedemikian sempena mengambil nama seorang pejuang Palestin suatu ketika dahulu iaitu Izzudin Al Qassam.

Apa yg menarik perhatian aku terhadap Hamas dan Briged Al Qassam??Sudah semestinya tarbiyyah yang telah diwujudkan oleh Almarhum Syeikh Ahmad Yassin dengan menggerakkan anak muda supaya kembali kepada ajaran Islam dan menjadikan Al Quran dan Al Sunnah sebagai panduan hidup. Dengan prinsip inilah lahirnya pejuang2 Al Qassam yang sentiasa penuh dengan Kalamullah dan hadis nabi di dada.

Selain daripada itu, apa yang menarik perhatian aku adalah disiplin yg ditonjolkan dari segi rohani dan jasmani. Korg semua tahu kan syarat2 utk menyertai Briged Al Qassam ni iaitu mestilah hafiz 30 juzuk Al Quran, mestilah hafal hadis2 Rasulullah s.a.w, dan tak pernah tinggal solat berjemaah. Bila aku baca syarat2 nye, aku teringat akan sejarah bagaimana tentera2 islam dibentuk dan lahirnya keperibadian panglima2 Islam yang terkenal. Aku tergamam dengan syarat2 tersebut yang mana tentera2 negara Islam yang lain pon tak pernah laksanakan. Bayangkan bahan bacaan mereka adalah Al Quran, tutur kata mereka sering disulami dengan ayat Al Quran dan hadis2 nabi. Subhanallah sgt indah tarbiyyah yg dilaksanakan oleh Hamas terhadap tentera2 Briged Al Qassam.

Kesimpulan di sini adalah untuk mentarbiyyah diri kita supaya dekat dengan nikmat iman dan islam, maka perkara yg perlu kita jaga adalah ibadah kita. Selain daripada itu, disiplin dan komitmen jugak penting dalam menaikkan martabat agama Islam dan jugak supaya musuh2 Islam gentar dan takut dengan kebesaran yang ada dalam Islam. Disiplin dan prinsip2 yang ditonjolkan oleh Hamas adalah salah satu perkara yang boleh kita jadikan sebagai role model dalam proses pentarbiyyahan diri kita sebagai mukmin sejati. In sha Allah semoga aku dan korg semua dapat sama2 berubah ke arah yang lebih baik. Jadi sampai disini sahaja entri aku kali ini. Maaf andai ada terkasar bahasa terlanjur bicara dan yang paling penting kalau ade penambahbaikan atau pembetulan terhadap fakta2 yang aku sampaikan so do let me know for it.Dan jugak doakan supaya saudara kita di gaza dan juga mujahidin yang sedang bertempur sekarang diberi kemenangan dan kesabaran dan doakan mangsa2 MH17 yang beragama Islam supaya ditempatkan dalam kalangan orang2 yang beriman. Assalamualaikum...


Wednesday, March 12, 2014

MH370 : Mesej Maha Pencipta kepada Sang Hamba

Assalamualaikum rakan2 sekalian...

Ape kabar??kaifa halukum jami'an??how are you??hehehe...Alhamdulillah sihat belaka hendaknya. Macamana hari2 yang mendatang sejak kebelakangan ini??kalau baik2 saja Alhamdulillah...kalau sebaliknya mungkin ade hikmah di sebaliknya. Akhir2 ni negara kita Malaysia sering kali dilanda ujian dari Allah seperti panas terik, jerebu dan lain2. Baru2 ni negara kita dikejutkan dengan satu berita tergempar iaitu kehilangan pesawat Malaysia Airlines iaitu MH370. Seramai 239 penumpang dan berapa orang krew kapal aku tak ingat turut bersama hilang dengan pesawat. Berbagai ikhtiar telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan Malaysia dan banyak negara seperti China, USA, Vietnam, Singapore dan lain2 lagi turut bersama turun padang memberikan bantuan kepada kita. Berbagai spekulasi dan khabar angin yg timbul sebagai penokoknambah tragedi ini. 

Satu persoalan yang bermain di minda aku...bila kita selalu tengok update2 dan berita terkini tentang tragedi ni, pernah tak kita fikir ape sebenarnya hikmah yang Allah nak tunjukkan melalui tragedi ni?ape sebenarnya yang Allah nak sampaikan kepada kita sebagai hambaNya berdasarkan ape yang terjadi pada peristiwa ni??apekah mesej Allah S.W.T sebagai Maha Pencipta kepada sang hamba??

Cuba kita muhasabah balek apa yang berlaku kepada negara kita pada masa ni...bila kita baca akhbar atau tengok berita tv atau sebagainya, kita selalu lihat gejala2 sosial yang berlaku kepada remaja kita dan macam2 perkara maksiat yang berlaku dalam Malaysia ni. Peristiwa ni sebenarnya nak mengajak supaya kita kembali kepada Maha Pencipta yang agung. Allah rindukan rintihan hambaNya siang dan malam. Allah mahu kita merintih dan meminta sungguh2 kepadaNya. Kita patut sedar yang sebenarnya ramai umat islam sudah terpesong jauh daripada landasan yang benar. Tapi kita masih tak nampak and sorry to say, kita sudah buta dengan pelbagai warna2 dunia. 


Cuba kita lihat effect daripada peristiwa MH370 ni. Banyak organisasi sudah menganjurkan solat hajat berjemaah. Berkumpul dan bersama merintih dan meminta kepada Maha Pencipta kita agar mangsa tragedi tersebut diselamatkan. Kita sendiri nampak effect peristiwa ni dengan mata kepala kita sendiri. Seluruh umat Islam berdoa dan meminta kepada Allah S.W.T . 


Selain dari tu, kita nampak ummat Islam dalam Malaysia bersatu tak kira ideologi politik berkumpul dan bersama berdoa untuk mangsa peristiwa ni. Kita sendiri nampak ummat Islam berpecah dan sering menyalahkan antara satu sama lain dek kerana berbeza ideologi politik. Tapi kita lihat sendiri ummat Islam bersatu dan bersama berdoa dan berjemaah bersama. Ape kesimpulannya??kita renung sendiri

Akhirnya, kita renung balek ape yang terjadi. Peristiwa ni sebenarnya hendak mengajak kita kembali kepada Allah dan kembali kepada ajaran Al Quran dan As Sunnah tapi kita tak nampak ape sebenarnya mesej yang Allah nak sampaikan kepada kita dan kita harus bersatu supaya ummah tak berpecah belah dan berantakan seperti kaca. Cuma satu je...sains dan teknologi tetap tak dapat menandingi kuasa Allah S.W.T walau canggih mana sekalipon tapi kuasa Allah tetap membatasi segalanya...kita sebagai ummat Islam wajib berpegang kepada prinsip itu...

Friday, February 7, 2014

KERUNTUHAN AKHLAK REMAJA : TUGAS SIAPA YANG AKAN MENCEGAHNYA

Assalamualaikum w.b.t

Ape kabar semua??..dah lame dah aku tak update artikel dalam blog ni. Actually aku sangat bz dengan program and study and so on. Paling yang buat aku sangat bz sebab tesis. Well dah nak tahun akhir so macam2 la keje kene buat kan. 2 minggu lagi dah nak start praktikal. Korang semua ape kabar pulak??sihat??..kalau sihat alhamdulillah. Kalau tak sihat cepat2 la pergi klinik ye. Nanti melarat pulak sakit korang tu...hehehe. So, hari ni kita akan explore ke satu isu di mana isu ni dah lame. Isu ni dah lame bertapak dekat bumi yang penuh barokah ni especially di bumi Malaysia. Akan tetapi perkara ni semakin meruncing dan semakin menuju ke kemuncak di mana isu ini susah nak dibendung lagi. Aku dapat idea untuk tulis artikel ni sebab aku dah tengok keadaan sekeliling aku semenjak ini. 

Sebelum aku masuk ke isu yang aku nak ceritakan ni, den nak tanyo ekau semuo dulu la ( cehh cakap nogoghi pulak den )...sepanjang korang melayari laman sosial twitter ke instagram ke wechat ke atau yg paling popular sekali facebook la atau yang sama waktu dengannye kn...ade tak korang bace atau ternampak post2 pelik di laman sosial contoh gambar bercumbu and upload dalam fb, ambik gambar sambil pegang botol arak ke atau paling aku menyampah sekali la kan...post sesuatu kat laman sosial untuk menunjukkan tanda cintakan seseorang contoh macam toreh tangan and tulis nama pakwe ke, kelar tangan and post gambar and captionkn yang si polan sayangkan si polan and tandanya darah ni jadi saksi. Aku cukup menyampah orang macam ni tapi sebab budak2 kan. 

Bila perkara ni berlaku so akan ade cakap2 atau mulut2 atau langau2 yang berbunyi yang akan menuding jari menyalahkan pihak itu and pihak ini and so on. Masing2 akan mula mempertikaikan dan muncullah cendekiawan segera yang terus menyalahkan pihak2 tertentu. Sebenarnya kita silap. Tugas untuk mencegah keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang bukan hanya dipikul oleh pihak tertentu. Yang sebenarnya tugas itu adalah tugas semua pihak and nak senang aku highlightkan tugas tu adalah tugas KITA.

Pendapat aku mengatakan tugas untuk mencegah keruntuhan akhlak zaman sekarang bukan terletak pada pihak tertentu. Tugas itu adalah tugas kita semua sebagai umat islam. Akan tetapi badan2 berkuasa atau pemerintah atau yang sewaktu dengannya mempunyai kuasa untuk mencegah perkara ini. Aku rasa sebab itu kot ramai orang mengatakan pihak berkuasa salah la ape la sebab diorang ade kuasa and segala beban terletak pada pihak berkuasa.  

Setiap pihak ada peranan tertentu untuk mencegah isu ini. Kita selalu dengar didikan pertama bermula dari rumah dan melentur buluh biarlah dari rebungnya. Dua perumpamaan ini sebenarnya berkaitan. Tugasan untuk mendidik manusia adalah bermula dengan ibubapa. Ibubapa perlu mendidik anak2 mereka dan menjadi contoh terbaik untuk anak2. Kalau ibubapa tak boleh jadi contoh and nak didik anak2 pon tak jadi jugak. Lepas tu anak2 pergi ke sekolah tugas mendidik itu diserahkan kepada para pendidik. Disebabkan mereka berada di sekolah so tugas tu berpindah kepada para pendidik pulak. Then bila remaja keluar dari rumah maka tugas untuk mencegah isu keruntuhan akhlak remaja terletak pada pemerintah, pihak berkuasa dan masyarakat termasuk jugak ulama. Nampak tak tugasnye kat sini??...semua pihak yang aku sebutkan semua ada tugas untuk mencegah keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang. Bermula dengan ibubapa dan pendidik, mereka mencegah perkara ini dengan cara mendidik and then masyarakat pulak dengan cara menegur and then pemerintah termasuk jugak pihak berkuasa tertentu mencegah melalui undang2. Oh sebelum aku terlupa...aku teringat satu hadis Rasulullah S.A.W bersabda tentang tanggungjawab mencegah kemungkaran

عَنْ اَبِى سَعِيدِ الْخُدْرِي قَالَ سَمِعْتُ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيهِ وَسَلَّمَ يَقُول مَنْ رَأَى مِنْكُمْ 
مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرهُ بِيَدِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَاِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ اَضْعَفُ الاِيمَانِ

Daripada Abu Said al Khudri r.a. katanya : Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda :
"Sesiapa dikalangan kamu yang melihat kemungkaran maka hendaklah dia mencegah dengan tangannya sekiranya dia tidak mampu hendaklah dia menegah dengan lidahnya, sekiranya dia tidak mampu maka dengan hatinya, dan itulah selemah-lemah iman" ( Hadis sahih riwayat Muslim )  

kat sini kita dah boleh tengok Rasulullah S.A.W tak tumpukan tugas mencegah kemungkaran kepada pihak tertentu tapi umum untuk semua mengikut kemampuan pihak2 tertentu contoh kalau pihak tersebut ade kuasa maka cegahlah dengan tangan iaitu dengan kuasa then kalau tak mampu cegahlah dengan lidah iaitu dengan menegur dan mendidik then kalau tak mampu maka cegahlah dengan hati. 

Kesimpulan kat sini, tugas untuk mencegah keruntuhan akhlak remaja zaman sekarang bukan terletak pada pihak tertentu tapi terletak pada semua lapisan masyarakat. Agak panjang jugak artikel aku ni...hehehe so aku mengundur diri. Maaf andai ade terkasar bahasa and terlancang mulut ke ape ke. Buat sahabat2 FIFA USIM tahun akhir, selamat berpraktikal dan semoga dapat sesuaikan diri kat tempat baru. Sekian Assalamualaikum

# kalau ade kesalahan hadis kat atas tegur aku ea #




    

Wednesday, January 30, 2013

UP AND DOWN DALAM KEHIDUPAN

Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua.....Alhamdulillah bersyukur kita kerana kita semua masih lagi diberi kehidupan dan masih lagi diberi kesempatan menghirup udara segar yang dikurniakan Maha Pencipta. Apa kabar korang semua??Aku??Alhamdulillah sihat belaka...huhuhu. Setelah berbulan bulan blog aku tak diupdate dan agaknyer dah brhabuk rasanyer...Alhamdulillah ade jugak idea aku nak post ape yang patut dalam blog aku yang tak seberapa ni. So, dah lama kita tak bersua ni, camne dengan kehidupan korang??kalau ade yang baik kehidupannya Alhamdulillah sebab Allah dah bagi kita kehidupan yang baik dan jugak kehidupan yang sentiasa dirahmati oleh Dia. Bagi yang kehidupannya tak berapa baik ataupon kalau bahasa jawa orang kata tengah ' down '...jangan sedih2 and jangan risau sebab itu semua ujian yang Allah nak bagi kat kita sebab Dia nak tengok sejauh mana kekuatan kita face ujian dan jugak cabaran yang Dia bagi kat kita. Post kali ni ade kaitan dengan jatuh bangun dalam kehidupan atau UP AND DOWN DALAM KEHIDUPAN. 

Seperti yang aku kata sebelum nie, setiap orang pasti akan merasa jatuh bangun dalam kehidupan masing2. Aku pon pernah jugak merasa kehidupan tu selama aku hidup sekarang ni. Kalau kita tak experience semua perkara tu, tak lengkaplah kehidupan kita. Kalau korang kata korang kata tak pernah rasa down dalam kehidupan korang maknanyer korang tak pernah diuji oleh Allah s.w.t. Mustahil kehidupan korang tak pernah diuji dengan dugaan sebab kita semua adalah hamba Allah dan Allah sangat sayang akan hambaNya. Lagipon up and down dalam kehidupan kita ni sebenarnya adalah asam garam kehidupan.

Sebagai mukmin yang proaktif, kita pasti akan ada jalan penyelasaian terhadap segala masalah yang kita hadapi. Ujian dan masalah bukan melemahkan kita sebaliknya ianya adalah menguatkan kita sebenarnya. Bukan semua orang boleh lalui ape yang kita lalui sekarang. Kalau kita kuat lalui apa yang kita hadapi sekarang maknanya kita lagi kuat berbanding orang lain. Post aku sebelum ni ade menceritakan tentang jangan mengeluh kalau ditimpa ujian. Kalau kita mukmin yang kuat, kita takkan cepat mengeluh kalau ditimpa ujian. Sebaliknya kita rasa bersyukur dan kita akan jadi semakin kuat kalau kita dapat hadapi semuanya. Segala yang berlaku dalam kehidupan kita pasti ada hikmahnya dan pasti akan ada jalan keluar atas segala masalah dan segala kesedihan pasti akan ade penawarnya.

The conclusion is, andai kita ditimpa segala musibah dan jugak kesedihan, anggaplah yang musibah n kesedihan yang kita alami tu sebenarnya mendidik hati kita menjadi kuat. Jangan kita terus berpeluk tubuh seolah olah kita membiarkan jer segalanya berlaku. Cuma ingat satu perkara : JANGAN BERSEDIH, SESUNGGUHNYA ALLAH BERSAMA KITA. Sinar pasti akan muncul selepas turunnya hujan derita. ^_^

Alhamdulillah setakat itu jer dari aku. In sha Allah berjumpa kita lagi dalam post akan datang kalau aku ade idea dan ilham. Sebarang komen boleh la diutarakan di ruangan komen kat bawah ni ( cewahh macam program dokumentari tv...heeee ). Maaf andai ade perkataan aku ni kurang enak dan kasar...huhuhu Assalamualaikum dan berjumpa lagi


p/s : entah berapa banyak habuk daa aku kumpul kat blog aku ni...huhuhu

Wednesday, September 12, 2012

KNOW YOUR ROOT AND WHERE ARE YOU FROM.....

Assalamualaikum kepada semua pembaca setia or pembaca baru blog aku nie. So camne dengan perjalanan hidup korang setakat nie??Alhamdulillah kepada yang perjalanannya berjalan lancar dan pada yang tidak jangan kecewa sebab Allah nak uji kita semua dengan apa yang ditimpakan atas kita. Setelah sekian lama aku tak mengusik apepun yang ada dalam blog nie, Alhamdulillah akhirnya datang jugak idea untuk menconteng halaman blog aku nie. Before that, rasanya tak terlamba lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada korang semua. Andai tulisan aku nie mengguris hati menghiris kalbu           ( amboiii bahasa....hahaha ) aku nak mintak maaf dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.

So hari nie aku nak bercelotehlah tentang roda2 kehidupan kita zaman sekarang. Bila korang dah sampai ke tahap kehidupan yang korang ade sekarang, pernah tak korang terfikir ataupun flashback balik siapa diri korang sebelum nie??Semasa korang capai sesuatu kejayaan ataupun korang menjadi terkenal, pernah tak korang imbas balik apa yang pernah korang lalui sebelum nie yang menjadikan korang individu yang korang dah achieve sekarang nie??Pada yang dah ALHAMDULILLAH sebab korang kenal sape korang sebelum nie. Pada yang belum, tak terlambat lagi untuk korang berbuat demikian. 

Kadang2 kita lupa sape kita sebelum kita berjaya peroleh sesuatu ataupon berjaya menjadi individu tertentu. Sifat yang kita ada nielah yang akan membawa korang merasa diri korang hebat dan akhirnya korang bongkak, ego, takbur dan sombong. Sebab Apa??sebab korang tak kenal lagi siapa korang sebelum nie. Ya memang kita berasa bangga dan gembira dengan apa yang kita peroleh sekarang nie tapi ingatlah siapa korang sebenarnya sebelum nie....

Kita tahu kisah Firaun yang mengaku dirinya Tuhan padahal dia sebenarnya manusia biasa jerr. Kita tahu kisah Qarun yang lupa diri akibat dikurniakan limpahan harta yang memang banyak. Cukuplah dua kisah nie dapat mengingatkan kita akan akibat apabila kita lupa siapa kita sebenarnya dan jugak akibat bersifat bongkak dan takbur. Ambillah dua kisah nie sebagai pengajaran kepada kita betapa berharganya kita mengetahui siapa kita sebelum nie supaya kita terhindar dari bersifat bongkak dan takbur nanti....Nauzubillah. 

So setakat nie jerla apa yang dapat aku sampaikan kat korang. Semoga dengan apa yang aku cuba sampaikan dapat la kita sama2 ambil pengajaran...Insyaallah. Terima kasih kepada korang yang sudi membaca and menjenguk laman blog aku nie yang tak seberapa.....huhu. 





Wednesday, July 18, 2012

DECISION IS IMMEDIATE ACTION......

Assalamualaikum semua. Wah dah lama gak aku tak tulis apa2 dalam blog nie. Sebenarnya semenjak dua tiga hari nie aku agak sibuk dengan macam2 kerja. Sebab tue aku tak post apa2 dalam blog. Maaflah pada yang menunggu artikel dari blog aku ( kalau ada yang tunggu....huhu ). Terima kasih daun keladi lah pada yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa nie. Almaklumlah aku masih lagi baru dalam dunia blog memblog nie. Apa yang aku kongsikan dalam setiap post aku adalah hasil buah fikiran aku sendiri dan kalau ada apa2 yang bertentangan bolehlah korang bincangkan kat ruang komen kat bawah tue. Insyaallah kalau ada masa aku akan turut serta dalam perbincangan tue. 

Post kali nie ermmm tak taula menarik ke tak sebab aku memang dah takde idea dah nak menulis ape kat dalam blog nie. Last2 Alhamdulillah dapat jugak ilham untuk mencoret segalanya dalam blog nie. 

Setiap antara kita pasti akan berdepan dengan satu situasi dan situasi tersebut memerlukan kita untuk wat sesuatu keputusan. Kadang2 keputusan tue kita wat lambat dan kadang2 ade gak masanya kita kena wat  keputusan dalam kadar yang segera. Bila kita dah wat keputusan, adakah kita bertindak terus dengan keputusan kita tue??ataupun kita katakan kat diri kita " alah lambat lagi, rilek la dulu ". Majoriti kita akan mengatakan perkara yang sama termasuklah aku.....heeee. But do you know actually decision is immediate action??Apa yang kita decide tue sebenarnya adalah tindakan kita yang sewajarnya dan kita patut wat dalam kadar yang segera??. Memang kita tak rasa apa2 bila kita berada dalam zon yang selesa. Tapi sebenarnya zon selesa yang Allah bagi kat kita sebenarnya adalah masa untuk kita bertindak. Kita tak sedar sebenarnya masa lapang kita tue adalah masa untuk kita take action atas keputusan yang kita dah decide. Sebab itu bila adanya masa lapang kita terus pikir yang masih lambat lagi untuk kita bertindak. Sebenarnya itulah masa yang kita ada untuk kita bertindak immediately. 

Manusia selalunya rugi dalam masa. Sebab itu kita rasa tak cukup dengan masa 24 jam sehari yang Allah kurniakan kat kita. Dalam surah Al - 'Asr Allah menceritakan tentang kerugian manusia pasal masa. Rugi tue kita boleh definisikan dalam macam2 definisi. Termasuklah dalam berlengah lengah dalam membuat sesuatu. 

So the conclusion is, bila kita dah wat sesuatu keputusan, sepatutnya kita terus bertindak atas keputusan kita tue. And don't extend your time. Take action immediately. Maaf andai ada terkasar bahasa terlanjur kata. Haa sebelum aku lupa, selamat berpuasa dan selamat beribadat kepada korang semua. Hopefully amalan kita diterima oleh Allah dan semoga puasa kita diterima oleh Allah. Insyaallah kita jumpa lagi dalam entri aku yang berikutnya. Syukran jazilan pada yang membaca. Assalamualaikum ^_^

P/S : Time2 hujan nie sedap. Dah la sejuk....huhu ^_^

Tuesday, July 10, 2012

JANGAN MENGELUH ^_^

Assalamualaikum and good morning korang semua??haa alhamdulillah hari ni barula aku ade semangat sikit nak tulis blog ni. Actually post ni patutnya dah siap semalam tapi disebabkan aku tersangatla letih dan takde idea nak tulis ape, so hari ni baru la ade idea nak tulis ape. So, camna hari2 korang setakat ni??adakah semuanya baik??atau sebaliknya??kalau baik alhamdulillah but kalau tak, anggaplah itu semua ujian dari Allah sebab Allah sayangkan kita dan Dia hanya bagi ujian sesuai dengan kesanggupan kita je.

Cuba pikirkan sejenak hari2 kita sebelum ni. Bukan hari la tapi perkara2 yang pernah berlaku pada kita sebelum2 ni. pernah tak korang rasa satu ujian yang dahsyat menimpa diri korang sepanjang hidup korang??mesti la pernah kan sebab mustahil la manusia tak pernah diuji oleh Allah s.w.t kan. Apa yang korang pikirkan waktu tu atau lebih tepat lagi apa yang korang buat bila korang ditimpa ujian yang dahsyat tu??korang bersabar??or korang mengeluh memikirkan " kenape la nasib aku camni?? atau pun korang pikir " asal la asyik aku je yang ditimpa nasib camni?? ". Kalau la korang pernah pikir camni, maknanya korang memang tak tahan dengan ujian yang korang terima atau lebih teruk lagi korang ragu2 yang sebenarnya ujian tu adalah tanda yang Allah sayang korang. Ya memang ujian tu sebenarnya tanda Allah sayangkan korang sebenarnya. So janganlah mengeluh bila korang ditimpa ujian yang dahsyat satu hari nanti. 


Kita ambik kisah nabi Ayub je la. Ujian maha dahsyat yang diterima oleh baginda daripada Allah menunjukkan yang Allah terlalu sayangkan dia. Bayangkan la daripada dia kaya raya dan ada kedai2 yang besar then perniagaan yang menguntungkan tiba2 Allah tarik macam tu je. Sehinggakan baginda ditinggalkan oleh isteri beliau. Tapi adakah baginda mengeluh??tidak sama sekali. Betapa sabarnya beliau face ujian tu. Akhirnya Allah balas kesabaran tu dengan Allah kembalikan balik apa yang Nabi Ayub pernah ada dulu. Haa nampak kan advantage sabar dalam menempuh ujian  kan. 


Bila kita ditimpa ujian, kita seolah olah dah down dan terus merenung memikirkan nasib kita. Tapi sebenarnya hikmah di sebalik ujian tu kita tak nampak. Kalau kita nampak hikmah tu memang takkan ada manusia mengeluh dengan ujian yang terpaksa dihadapi. Tapi sebenarnya kita akan dapat jugak hikmah daripada ujian yang kita tempuh tu. Camna nak tau??haaa jawapannya BERFIKIR DENGAN PEMIKIRAN YANG WARAS. Ramai manusia tak tau yang sebenarnya ujian tu mengakses otak kita untuk pikir apa yang terjadi. Ya memang mengakses otak untuk berpikir. Ramai yang mengeluh sebenarnya diorang tak pikir sedalam dalamnya kenapa ujian tu datang kat kita. 


So the conclusion is, kalau korang tempuh ujian dan cabaran dalam hidup korang lepas ni, ingatlah yang sebenarnya ujian tu adalah tanda yang sebenarnya Allah sayangkan kita dan Dia hanya bagi ujian yang bersesuaian dengan kemampuan kita je. And the last one, cuba pikir dan carik hikmah kenapa ujian tu datang kat kita. Jangan kita mengeluh atas ujian tu sebab orang yang mengeluh tu sebenarnya adalah orang yang rugi. Maaf andai ade terkasar bahasa terlanjur bicara....huhu and semoga kita jumpa lagi dalam artikel akan datang ^_^.....



P/S : time ngah hujan ni memang best mandi hujan. Time korang kecik dulu pernah kan main hujan??huhu