Wednesday, July 18, 2012

DECISION IS IMMEDIATE ACTION......

Assalamualaikum semua. Wah dah lama gak aku tak tulis apa2 dalam blog nie. Sebenarnya semenjak dua tiga hari nie aku agak sibuk dengan macam2 kerja. Sebab tue aku tak post apa2 dalam blog. Maaflah pada yang menunggu artikel dari blog aku ( kalau ada yang tunggu....huhu ). Terima kasih daun keladi lah pada yang sudi membaca blog aku yang tak seberapa nie. Almaklumlah aku masih lagi baru dalam dunia blog memblog nie. Apa yang aku kongsikan dalam setiap post aku adalah hasil buah fikiran aku sendiri dan kalau ada apa2 yang bertentangan bolehlah korang bincangkan kat ruang komen kat bawah tue. Insyaallah kalau ada masa aku akan turut serta dalam perbincangan tue. 

Post kali nie ermmm tak taula menarik ke tak sebab aku memang dah takde idea dah nak menulis ape kat dalam blog nie. Last2 Alhamdulillah dapat jugak ilham untuk mencoret segalanya dalam blog nie. 

Setiap antara kita pasti akan berdepan dengan satu situasi dan situasi tersebut memerlukan kita untuk wat sesuatu keputusan. Kadang2 keputusan tue kita wat lambat dan kadang2 ade gak masanya kita kena wat  keputusan dalam kadar yang segera. Bila kita dah wat keputusan, adakah kita bertindak terus dengan keputusan kita tue??ataupun kita katakan kat diri kita " alah lambat lagi, rilek la dulu ". Majoriti kita akan mengatakan perkara yang sama termasuklah aku.....heeee. But do you know actually decision is immediate action??Apa yang kita decide tue sebenarnya adalah tindakan kita yang sewajarnya dan kita patut wat dalam kadar yang segera??. Memang kita tak rasa apa2 bila kita berada dalam zon yang selesa. Tapi sebenarnya zon selesa yang Allah bagi kat kita sebenarnya adalah masa untuk kita bertindak. Kita tak sedar sebenarnya masa lapang kita tue adalah masa untuk kita take action atas keputusan yang kita dah decide. Sebab itu bila adanya masa lapang kita terus pikir yang masih lambat lagi untuk kita bertindak. Sebenarnya itulah masa yang kita ada untuk kita bertindak immediately. 

Manusia selalunya rugi dalam masa. Sebab itu kita rasa tak cukup dengan masa 24 jam sehari yang Allah kurniakan kat kita. Dalam surah Al - 'Asr Allah menceritakan tentang kerugian manusia pasal masa. Rugi tue kita boleh definisikan dalam macam2 definisi. Termasuklah dalam berlengah lengah dalam membuat sesuatu. 

So the conclusion is, bila kita dah wat sesuatu keputusan, sepatutnya kita terus bertindak atas keputusan kita tue. And don't extend your time. Take action immediately. Maaf andai ada terkasar bahasa terlanjur kata. Haa sebelum aku lupa, selamat berpuasa dan selamat beribadat kepada korang semua. Hopefully amalan kita diterima oleh Allah dan semoga puasa kita diterima oleh Allah. Insyaallah kita jumpa lagi dalam entri aku yang berikutnya. Syukran jazilan pada yang membaca. Assalamualaikum ^_^

P/S : Time2 hujan nie sedap. Dah la sejuk....huhu ^_^

Tuesday, July 10, 2012

JANGAN MENGELUH ^_^

Assalamualaikum and good morning korang semua??haa alhamdulillah hari ni barula aku ade semangat sikit nak tulis blog ni. Actually post ni patutnya dah siap semalam tapi disebabkan aku tersangatla letih dan takde idea nak tulis ape, so hari ni baru la ade idea nak tulis ape. So, camna hari2 korang setakat ni??adakah semuanya baik??atau sebaliknya??kalau baik alhamdulillah but kalau tak, anggaplah itu semua ujian dari Allah sebab Allah sayangkan kita dan Dia hanya bagi ujian sesuai dengan kesanggupan kita je.

Cuba pikirkan sejenak hari2 kita sebelum ni. Bukan hari la tapi perkara2 yang pernah berlaku pada kita sebelum2 ni. pernah tak korang rasa satu ujian yang dahsyat menimpa diri korang sepanjang hidup korang??mesti la pernah kan sebab mustahil la manusia tak pernah diuji oleh Allah s.w.t kan. Apa yang korang pikirkan waktu tu atau lebih tepat lagi apa yang korang buat bila korang ditimpa ujian yang dahsyat tu??korang bersabar??or korang mengeluh memikirkan " kenape la nasib aku camni?? atau pun korang pikir " asal la asyik aku je yang ditimpa nasib camni?? ". Kalau la korang pernah pikir camni, maknanya korang memang tak tahan dengan ujian yang korang terima atau lebih teruk lagi korang ragu2 yang sebenarnya ujian tu adalah tanda yang Allah sayang korang. Ya memang ujian tu sebenarnya tanda Allah sayangkan korang sebenarnya. So janganlah mengeluh bila korang ditimpa ujian yang dahsyat satu hari nanti. 


Kita ambik kisah nabi Ayub je la. Ujian maha dahsyat yang diterima oleh baginda daripada Allah menunjukkan yang Allah terlalu sayangkan dia. Bayangkan la daripada dia kaya raya dan ada kedai2 yang besar then perniagaan yang menguntungkan tiba2 Allah tarik macam tu je. Sehinggakan baginda ditinggalkan oleh isteri beliau. Tapi adakah baginda mengeluh??tidak sama sekali. Betapa sabarnya beliau face ujian tu. Akhirnya Allah balas kesabaran tu dengan Allah kembalikan balik apa yang Nabi Ayub pernah ada dulu. Haa nampak kan advantage sabar dalam menempuh ujian  kan. 


Bila kita ditimpa ujian, kita seolah olah dah down dan terus merenung memikirkan nasib kita. Tapi sebenarnya hikmah di sebalik ujian tu kita tak nampak. Kalau kita nampak hikmah tu memang takkan ada manusia mengeluh dengan ujian yang terpaksa dihadapi. Tapi sebenarnya kita akan dapat jugak hikmah daripada ujian yang kita tempuh tu. Camna nak tau??haaa jawapannya BERFIKIR DENGAN PEMIKIRAN YANG WARAS. Ramai manusia tak tau yang sebenarnya ujian tu mengakses otak kita untuk pikir apa yang terjadi. Ya memang mengakses otak untuk berpikir. Ramai yang mengeluh sebenarnya diorang tak pikir sedalam dalamnya kenapa ujian tu datang kat kita. 


So the conclusion is, kalau korang tempuh ujian dan cabaran dalam hidup korang lepas ni, ingatlah yang sebenarnya ujian tu adalah tanda yang sebenarnya Allah sayangkan kita dan Dia hanya bagi ujian yang bersesuaian dengan kemampuan kita je. And the last one, cuba pikir dan carik hikmah kenapa ujian tu datang kat kita. Jangan kita mengeluh atas ujian tu sebab orang yang mengeluh tu sebenarnya adalah orang yang rugi. Maaf andai ade terkasar bahasa terlanjur bicara....huhu and semoga kita jumpa lagi dalam artikel akan datang ^_^.....



P/S : time ngah hujan ni memang best mandi hujan. Time korang kecik dulu pernah kan main hujan??huhu

Sunday, July 8, 2012

BE PUNCTUAL LAHHHHH........

Assalamualaikum kawan2 semua??wah hari ini banyak baik aa...alhamdulillah kita dapat berjumpa lagi dalam segmen melawat blog aku...hahaha ( gelak syok sendiri ). So, camne hari2 korang sebelum nie??harap semuanya ok la ye. Insyaallah selagi kita masih beriman pada yang Maha Satu, selagi itu Dia semakin dekat dengan kita. Ok, hari nie sebenarnya aku tak tau nak tulis apa tapi tengah dok fikir2 tiba2 dapat idea regarding punctuality. Punctuality???ape tue??ha so hari nie aku akan postkan seberapa banyak yang boleh pasal punctuality nie.

Setiap hari kita akan hidup dengan masa. Kadang2 kita tak sedar akan kehadiran masa tersebut sebab kita terlalu sibuk dengan perkara2 yang kita tak tau ape sebenarnya yang kita sibukkan. Kadang2 kita rasa rugi sebab kita dah banyak bazirkan masa kita dengan perkara2 yang tak berfaedah tapi berhibur itu perlu dan jangan berlebihan. Kadang2 aku pun dok melepak jugak tapi takder la melebih lebih. Dalam surah Al - Asr telah pun disebutkan tentang pentingnya masa Especially bila berkaitan dengan KETEPATAN MASA. It is look serious right sebab itu aku highlightkan besar2 perkataan ketepatan masa tu.

Cuba korang bayangkan, dalam satu situasi di mana korang perlu selesaikan banyak hal dalam satu hari. Then korang ade perkara yang perlu dibincangkan dengan kengkawan korang. Tunggu punya tunggu punya tunggu member korang tak datang2 lagi. Janji pukul berapa tapi datang entah pukul berapa. Mesti korang rasa annoyed kan. That is why punctual is most important in our daily life.

tengok jam pukul berapa??asal lambat??
Bukan time belajar jer punctuality nie kena ada, time dah bekerjaya nanti, bos korang sangat menitikberatkan soal punctuality nie. Sebab itu majoriti syarikat2 and employer2 sangat menitikberatkan soal ketepatan masa sampaikan diorang nak disiplinkan pekerja diorang, diorang akan potong gaji bila staf2 diorang datang lambat ke tempat kerja.

So the conclusion is, try to discipline ourselves regarding punctuality sebab attitud nie sangat lah penting dan penting yang teramat sangat. Kadang2 aku pon tak punctual jugak but kadang2 aku lambat seminit ker dua minit ker. Takderla sampai lambat 10 minit or the worst sampai setengah jam. I know it is difficult for us to be punctual but it is more honor to try discipline ourselves dan jugak try jadikan sikap nie sebagai sikap yang memang kita dah lama buat dah. Akhir kalam maaf andai ada terkasar bahasa terlanjur bicara. Thanks pada yang sudi membaca. Hopefully korang dapat input dari apa yang aku cuba sampaikan. Yang baik datangnya daripada Allah s.w.t dan yang buruk daripada diri aku sendiri. Insyaallah moge berjumpa lagi di post yan lainnya. Assalamualaikum......


be punctual....insyaallah it will be your habit

P/S : Hehehehe time ngah taip2 nie tibe2 teringat waktu semester. esaimen yang buatkan aku rajin menaip...terima kasih esaimen.....hahahaha

 

Friday, July 6, 2012

DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER.....

Assalamualaikum semua....dah lama dah aku tak update ape2 post kat dalam blog aku nie. Post yang lepas2, bahasa aku dulu sangat menyukarkan korang semua nak baca isi2 dalam blog aku nie. So, aku mintak maaf sangat coz bahasa aku buatkan korang semua tak paham apa yang aku tulis. So, post kali nie jangan risau sebab aku dah buat transformasi seiring saranan PM kita ( cewahh tiba2 pulak nak transformasi nie ) so semoga korang dapat paham ape yg aku cuba nak sampaikan kat korang semua pembaca2 budiman sekalian ( tak pernah2 nak bermadah pujangga....hehehe )

Pernah tak korang terserempak dengan satu situasi?? (memang la kan...tipu la tak pernah terserempak kan...hohoho ). Maksud aku terserempak dengan satu situasi di mana situasi tersebut membawa maksud yang lain dari apa yang korang pikirkan atau dalam bahasa jawa nya situasi " double meaning "??. Jangan korang pikir benda lain pulak ( asal double meaning je korang pikir lain...cettt!!! ). Dalam situasi tersebut, apa korang tetapkan dalam mindset korang?? adakah korang kaji dulu sesuatu perkara tersebut?? or korang main redah jer buat conclusion korang sendiri??. Kalau korang kaji dulu sesuatu perkara yang terjadi, you're  a good boy or good girl....hehehe. Dan bagi yang main redah jer buat conclusion korang sendiri, lepas nie korang ubah attitude korang tu.

Kenapa aku kata macam tu kat korang?? cuba pikirkan sejenak. Time sekolah dulu korang mesti ada belajar sains kan. Ingat tak lab report?? kalau ingat bagus tapi kalau tak ingat bukak balik buku sains korang...hahaha. So, dalam lab report tu conclusion patutnyer buat sebelum eksperimen ke atau lepas eksperimen?? sudah semestinya lepas eksperimen kan. Kiranya korang kena buat eksperimen dulu and kaji dulu sesuatu then baru korang buat conclusion kan. So, dalam penghasilan lab report tu pun dah mengajar kita that we have to consider or examine or whatsoever in order to make conclusion right?? ha mesti korang semua tengah pikir " betol jugak kan " sekarang nie right?? It is true story la...huhu.

Zaman sekarang nie zaman yang sangat mencabar. Banyak perkara2 yang kita tak jangka dan tak terjangkau dek pemikiran berlaku di sekeliling kita. Kadang2 kita sangat concern tentang apa yang terjadi but attitude self conclusion kita tu yang menyebabkan kita terus menghukum atas perkara yang terjadi. So apa yang korang kene buat adalah EXAMINE FIRST!!!!!. Jangan menghukum sesuatu perkara yang terjadi tanpa usul periksa. Sifat self conclusion nie sebenarnya tak patut ada dalam diri mahasiswa dan mahasiswi sekalian.  In order to make ourselves as a productive scholars, sifat sebegini korang kena buang jauh2.

So the conclusion is, jika sesuatu situasi terjadi atau perkara kita tak jangka berlaku pada diri kita sendiri, don't judge it first. Periksa dulu atau kaji dulu sebelum korang buat conclusion. Akhir kalam, maaf atas segala kata2 kesat or terlanjur kata tersasul bicara. Dan pada yang menegur pasal bahasa aku post lepas, terima kasih banyak2. Almaklumlah aku nie hanyalah insan biasa yang sering kali membuat silap tanpa aku sedar ( cewahh asal aku dok bermadah pujangga memanjang nie....hahaha ) dan terima kasih atas kesudian korang melawat blog aku....